Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fandi kembali

Jan 18, 2017 | 05:30 AM



LEGENDA bola sepak Singapura, Fandi Ahmad, kini kembali melakukan tugas yang disukainya - melatih dan membimbing bakat negara.



Fandi, yang dilantik Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Oktober lalu sebagai ketua jurulatih skuad pembangunan belia negara, memulakan sesi latihan pertama bersama 25 pemain muda kelmarin di padang The Arena di Woodleigh Park.



Pemain merupakan bakat bola sepak setempat yang telah dipilih mengikuti latihan bersama skuad pimpinan Fandi itu.



Pemain yang berusia antara 17 dengan 19 tahun ini dikenal pasti sebagai pemain yang mampu mewakili negara di beberapa pertandingan antarabangsa di bawah usia 23 tahun termasuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.



Bercakap dengan Berita Harian kelmarin, Fandi berkata beliau gembira kembali bekerja dengan pemain muda dan berharap dapat menggilap bakat muda baru.



"Saya dapat melihat potensi besar dalam diri pemain ini dan saya fikir mereka hanya perlukan latihan serta bimbingan yang betul dan diharap satu hari nanti mereka akan dapat mewakili pasukan negara kita," kata Fandi sebelum memulakan latihan selama sekitar satu setengah jam bersama anak didiknya itu.



Laporan lanjut: 25 pemain muda terpilih latih di bawah bimbingan Fandi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >