Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fandi marah-marah, tegur pemain

ISMAIL ALI
Mar 11, 2014 | 07:09 PM



JURULATIH LionsXII, Fandi Ahmad, tidak berselindung membuat teguran terhadap tahap persembahan pemain LionsXII dalam usaha menyiapkan anak didiknya menghadapi Sarawak dalam pertandingan Liga Super Malaysia di Stadium Negeri Kuching, Sabtu ini.


Fandi, yang menulis dalam ruangan mingguan Eksklusif Bersama Fandi Ahmad di akhbar ini, berkata pemain LionsXII perlu cepat-cepat memberi reaksi positif dan melupakan kekalahan 2-1 yang dialami dalam perlawanan menentang Kelantan itu.


Sambil meluahkan harapan semua pemain LionsxII berada dalam keadaan sihat, Fandi turut memberikan teguran pedas.


"Ada pemain yang lalai dan tidak mendengar kata. Ada yang jadi champion di padang latihan tetapi tidak menunjukkannya dalam perlawanan.


"Ada pula yang setakat menjadi 'pekerja' yang rajin tetapi tidak mempunyai kecekapan individu dan teknikal untuk menyelitkan bola di antara pemain pasukan lawan.


"Apabila menentang Sarawak di Kuching nanti, pemain LionsXII perlu berani ambil risiko dan bekerja keras. Kalah menang bukan kita yang tentukan asalkan kita rajin bekerja, menjalankan tugas dengan baik, ikut arahan jurulatih , berdisplin dan bekerjasama sebagai satu pasukan," tegas Fandi.


Di sebalik kata-kata berbisa itu, Fandi berkata beliau dapat merasakan sesuatu yang baik akan berlaku.


Ikuti tulisan Fandi di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >