Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fandi mungkin kekal di Singapura

Sep 09, 2016 | 02:57 PM



PERBINCANGAN saat akhir antara Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Fandi Ahmad pada Khamis (8 Sep) nampaknya telah mengubah keputusan legenda bola sepak itu untuk menyertai Pahang, pasukan Liga Super Malaysia (MSL).



Difahamkan FAS telah menawarkan jurulatih berusia 54 tahun itu kontrak baru selama beberapa tahun yang termasuk kenaikan gaji.



Ia juga akan menyokong rancangan Fandi mahu memimpin pasukan remaja Singapura ke beberapa kejohanan besar yang membawa kepada Sukan Olimpik Tokyo 2020.



Pahang, yang sedang terkial-kial dalam MSL, dipercayai telah menawarkan kontrak lumayan kepada Fandi, yang bermain untuk mereka pada 1991 hingga 1992 dan memenangi kejuaraan berganda Liga dan Piala Malaysia pada 1992.



Ia sedang menduduk tangga paling bawah dalam MSL, yang mempunyai 12 pasukan, dengan hanya tiga kemenangan dalam 19 perlawanan.



Apabila diminta memberi kemas kini mengenai perbincangan itu oleh akhbar The Straits Times, FAS menghantar semula kenyataan yang diberinya pada Selasa, yang berkata butiran perbincangan adalah sulit dan pengumuman akan dibuat apabila ada "sesuatu yang muktamad".



Kontrak Fandi bersama FAS tamat Disember ini.



Difahamkan beliau juga minta bekerja dengan pasukan bola sepak Persatuan Sukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFSA), yang disertai ramai pemain bola sepak yang bercita-cita berjaya dalam sukan itu apabila menjelani Perkhidmatan Negara (NS).



Selain itu, rundingan pada Khamis juga mencetuskan kemungkinan bekas penyerang kebangsaan itu mempunyai pasukan kejurulatihannya sendiri untuk menyokong beliau, termasuk bekas jurulatih kecergasan kebangsaan, Aleksandar Bozenko.



Bozenko, dari Serbia, meninggalkan FAS Disember lalu selepas 11 tahun dan kini bersama kelab Liga Perdana Thailan, Chonburi FC. Kontraknya dipercayai akan berakhir pada Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >