Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA AFF SUZUKI

Fandi pimpin skuad nasional harungi Piala Suzuki, yakin Singa ada peluang

Akan kembali fokus pada pembangunan skuad muda bawah 23 tahun nasional selepas kejohanan
May 16, 2018 | 05:30 AM



ADA yang menganggapnya 'Kumpulan Maut' tetapi jurulatih baru skuad bola sepak nasional Fandi Ahmad berkata Singapura mempunyai "peluang berjuang" untuk mencatatkan kejutan di Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada November ini.



Singa diundi dalam Kumpulan B bersama-sama pasukan gergasi serantau termasuk Thailand, Indonesia, Filipina dan sebuah lagi pasukan yang akan ditentukan kemudian - sama ada Timor-Leste atau Brunei.



Namun, format pertandingan yang akan menyaksikan anak didiknya beraksi dua kali di padang sendiri - menentang Indonesia pada 9 November dan menentang Timor-Leste atau Brunei pada 21 November - memberikannya harapan.



Bercakap di sidang media di pejabat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) di Stadium Jalan Besar semalam yang mengesahkan pelantikannya - menggantikan tempat V. Sundramoorthy yang mengundurkan dirinya bulan lalu - Fandi berkata:



"Memang ini satu kumpulan yang sukar tetapi saya percaya dengan keupayaan yang dimiliki pasukan kami... kami perlu yakin dengan para pemain dan turut pen ting ialah mendapat sokongan penyokong kami nanti.



"Saya memang sukakan format pertandingan kerana ia memberikan kami... dan juga pasukan-pasukan lain... peluang untuk mencatatkan kejutan.



"Saya percaya jika pemain kami bermain dengan sepenuh jiwa dan memberikan segala-galanya, kami boleh bersaing dengan mana-mana pasukan.



"Ini bukan kerana saya tidak menghormati pasukan-pasukan lawan lain... hakikatnya sejak beberapa tahun lalu, kami semakin jauh di belakang pasukan-pasukan lain di rantau ini tetapi kini tiba masanya bagi pemain kami bangkit... penyokong juga perlu berada di belakang pasukan.



"Pertarungan pertama pada 9 November (menentang Indonesia di Stadium Negara) adalah penting sekali dan kami perlukan semua orang berada di belakang pasukan.



"Saya percaya kami mempunyai 'peluang berjuang' sekalipun kami mungkin bukanlah pasukan favourit tetapi dengan pengalaman yang dimliki pemain kami... yang saya kenali sejak membimbing mereka semasa berada dalam pasukan Young Lions tidak lama dulu... saya yakin mereka akan berjuang bermati- matian untuk negara."



Pelantikan Fandi sebagai jurulatih baru Singa adalah sehingga Piala AFF Suzuki dengan jurulatih berusia 55 tahun akan kembali memberi fokus pada pembangunan skuad muda bawah 23 tahun nasional selepas kejohanan itu.



Ini telah ditekankan oleh presiden FAS, Lim Kia Tong, di sidang media semalam yang turut dihadiri beberapa anggota majlis FAS termasuk naib presiden Edwin Tong dan pemangku setiausaha agung FAS Yazeen Buhari.



Melahirkan penghargaannya ke atas kesediaan Fandi menyahut tugas barunya itu, Lim berkata:



"Majlis FAS mempunyai rancangan dan visi jangka panjang bagi skuad nasional dan kami tidak mahu terburu-buru dalam pelantikan jurulatih nasional ini kerana kami mahukan jurulatih yang akan dilantik itu membawa skuad nasional ke tahap lebih tinggi.



"Kami menghargai kesediaan Fandi untuk menyahut cabaran memimpin skuad nasional pada tempoh yang penting ini dengan menjelangnya Piala AFF Suzuki."



Dalam taklimatnya pula, Tong pula menyifatkan Fandi sebagai pilihan yang tepat sekali memandangkan pengetahuan mendalam Fandi mengenai bola sepak setempat - malah membimbing sendiri pemain-pemain muda sejak beberapa tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >