PEMINAT bola sepak boleh menjangkakan perlawanan yang mendebarkan dengan gaya permainan menyerang oleh Pasukan Pilihan Singapura bagi Piala Sultan Selangor Sabtu ini.
Antara pemain penyerang yang bakal mewakili Pasukan Pilihan Singapura ialah pemain import Croatia, Stipe Plazibat; Faris Ramli; dan Khairul Amri Kamal.