Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak setempat

FAS dan AFC bincang tentang masa depan bola sepak di S'pura

Nov 05, 2017 | 06:00 PM



 



 



Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Lim Kia Tong dan  Presiden Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, telah berbincang tentang  ‘beberapa isu’ yang boleh memajukan bola sepak Singapura, kata FAS dalam kenyataannya.



“Lawatan Presiden AFC adalah pada masa yang baik kerana kami berbincang tentang pelbagai isu yang boleh membantu bola sepak Singapura maju di masa depan,” kata Encik Lim yang turut mengucapkan terima kasih kepada Shaikh Salman dan AFC kerana memberi sokongan padu kepada FAS.



“Saya amat berbesar hati kerana AFC menyakini Majlis kami dan kami akan memastikan tahap keyakinan ini kekal kukuh. Keutamaan saya ialah untuk memenuhi matlamat yang dilakar dalam strategi kami dan memastikan demokrasi dan keterbukaan di FAS,” tambah Encik Lim.



FAS tidak memberi butiran tentang perkara yang dibincangkan dalam kenyataannya.



Namun AFC telah memberi bantuan kepada beberapa projek FAS, seperti pindaan Perlembagaan FAS, dan menghantar seorang perunding cara untuk membantu dalam usaha menyemak semula Liga S Great Eastern-Hyundai.



Shaikh Salman juga telah memulakan beberapa projek baru dengan FAS, seperti wadah ‘livestreaming’ atau wadah yang menyiarkan perlawanan bola sepak secara langsung melalui internet - sesuatu yang digunakan FAS sejak Februari 2017.



Shaikh Salman mengadakan kunjungan rasmi ke Singapura pada 4 November, demi menekankan hubungan rapat dan positif antara AFC dan FAS, kata FAS.



Shaikh Salman memuji kepimpinan Encik Lim dan usaha FAS memupuk struktur kepimpinan baik.



 “Singapura telah menunjukkan contoh kepimpinan baik dengan meminda kanun perlembagaan supaya selaras dengan syarat AFC dan FIFA. Saya yakin pilihan raya awal tahun ini akan menjadi pemangkin kepada usaha membangun sukan ini dalam negara yang mencintai bola sepak,” kata Shaikh Salman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >