PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) menghadapi risiko kehilangan dananya jika 'kemelut dalaman' yang membelenggunya terus berpanjangan.
Kemelut yang dimaksudkan ialah langkah badan penguasa bola sepak itu yang tersekat-sekat - kegagalannya meluluskan perlembagaan yang disemak semasa mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) pada 24 November lalu serta kemungkinan kebuntuan itu berlarutan di pertemuan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EOGM) yang dijadualkan pada 7 November ini.