FAS kemas kini buku panduan untuk galak lebih ramai kanak-kanak main bola

PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) hari ini melancarkan buku panduan akar umbi yang dikemas kini yang bertujuan mempromosikan sukan bola sepak menyeronokkan bagi kanak-kanak berumur enam tahun ke atas.

Buku panduan itu dihasilkan pengarah teknikal FAS, Michel Sablon, yang berharap ia dapat membantu guru dan jurulatih terlibat dalam akar umbi dan pembangunan belia, dengan matlamat utama menggalak lebih ramai kanak-kanak menikmati belajar bermain bola sepak.

Sablon, 67 tahun, diiktiraf kerana membangunkan rangka tindakan sistem pembangunan bola sepak belia negaranya, Belgium, yang melahirkan bakat seperti Romelu Lukaku dan Eden Hazard.

Program bola sepak akar umbi FAS yang dikemas kini itu akan dilaksana bersama program FAS Cubs di Stadium Jalan Besar Stadium Sabtu ini.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.