Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FAS: Ramai jurulatih lesen Pro S'pura bertugas di luar negara cerminkan ekosistem berkesan

Jan 25, 2023 | 05:30 AM



PELANTIKAN jurulatih warga Singapura di luar negara menunjukkan keberkesanan ekosistem kejurulatihan di negara ini.



Ia sekali gus petanda positif bagi bola sepak Singapura, kata Ketua Pendidikan dan Pembangunan Jurulatih (CED) di Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Zainudeen Hassan.



Buat masa ini terdapat 924 jurulatih berlesen di Singapura, dengan 24 daripada mereka memegang lesen Pro FAS/Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), ujar beliau kepada Berita Harian.



Mengulas mengenai lebih ramai jurulatih Singapura kini berkhidmat di luar negara, Zainudeen berkata:



"Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berbesar hati dan berbangga mengetahui pencapaian jurulatih warga Singapura yang telah memperoleh pelbagai latihan kejurulatihan dan teknikal lain di luar negara.



"Ini menunjukkan bahawa ekosistem kejurulatihan di sini mampu melahirkan kakitangan berkelayakan yang boleh menyumbang bukan di dalam negara sahaja, malah luar negara."



Sebilangan jurulatih Singapura kini menggalas tugas teratas pasukan serantau, termasuk Fandi Ahmad (ketua jurulatih kelab Malaysia Sri Pahang), Aidil Sharin Sahak (ketua jurulatih kelab Indonesia Persikabo 1973), Akbar Nawas (pengarah sukan kelab Thailand Udon Thani), Kadir Yahaya (ketua bola sepak belia kelab Thailand BG Pathum), V. Sundram Moorthy (pengarah teknikal Laos), dan Herman Zailani (ketua pendidikan jurulatih Laos).



"Jurulatih yang mempunyai peluang bekerja di negara berbeza berpeluang meraih pengalaman berharga yang tentunya memperluas potensi mereka, yang pastinya positif untuk bola sepak Singapura," kata Zainudeen.



Beliau menambah bahawa kursus jurulatih di bawah CED sering menerima sambutan menggalakkan.



Pada masa ini, FAS menjalankan beberapa kursus kejurulatihan, iaitu Kursus Kejurulatihan Pengenalan FAS, Diploma 'C' FAS/AFC, Diploma 'B' FAS/AFC, Diploma 'A' FAS/AFC dan FAS Akar Umbi.



Kursus khusus, seperti Penjagaan Gol dan Kecergasan, juga dijalankan.



Baru-baru ini, FAS menjadi persatuan ahli terbaru dianugerahkan keahlian Lesen Pro di bawah Konvensyen Kejurulatihan AFC.



Dengan keahlian ini, FAS kini boleh mengeluarkan Diploma Profesional sebagai tambahan kepada lesen kejurulatihan 'A', 'B' dan 'C'.



Bagaimanapun, hanya hampir 3 peratus daripada 924 jurulatih berlesen di sini mempunyai lesen Pro.



Lesen Pro itu ialah lesen tertinggi yang dapat diraih jurulatih. Mereka bermula dengan Kursus Kejurulatihan Pengenalan FAS dan kemudian melangkah ke Diploma 'C', 'B' dan 'A', sebelum berpeluang mengambil Diploma Pro.



Sejauh ini, Nazri Nasir hanya satu-satunya jurulatih berlesen Pro yang menggalas tugas dalam pasukan nasional Singapura selaku penolong jurulatih.



Lima jurulatih Singapura yang membimbing kelab Liga Perdana Singapura - Gavin Lee (Tampines Rovers), Firdaus Kassim (Hougang United), Noor Ali (Geylang International), Hasrin Jailani (Tanjong Pagar United) dan Philippe Aw (Young Lions ) - tidak mempunyai lesen Pro.



Namun, mereka adalah antara 18 jurulatih yang kini berada di peringkat akhir kursus Diploma Pro.




JURULATIH SINGAPURA BERLESEN PRO FAS/AFC



1. Mike Wong



2. PN Sivaji



3. Vincent Subramaniam



4. Kadir Yahaya



5. Fandi Ahmad



6. Stephen Ng



7. V. Sundram Moorthy



8. Robin Chitrakar



9. Saswadimata Dasuki



10. Nor Azli Mohd



11. Aide Iskandar



12. Richard Bok



13. Nazri Nasir



14. Basir Ellaya Kutty



15. V. Selvaraj



16. Hyrizan Jufri



17. Vedhamuthu Kanakarajan



18. Nasaruddin Jalil



19. Tay Peng Kee



20. Terry Pathmanathan



21. Akbar Nawas



22. K. Balagumaran



23. Abdullah Noor



24. Dilwant Singh



Sumber: FAS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >