Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Feng dan Isabelle kandas, harapan tenis meja S'pura sapu semua tujuh emas tak kesampaian

Jun 04, 2015 | 03:40 PM



HARAPAN pasukan tenis meja Singapura menyapu bersih kesemua tujuh pingat emas yang dipertandingkan di Sukan SEA ini berkecai apabila kededua pemain, Isabelle Li dan Feng Tianwei, terkandas di peringkat kumpulan perseorangan wanita yang berakhir sebentar tadi (4 Jun).


Kededua wakil Singapura itu menduduki tangga kedua kumpulan masing-masing dengan hanya pemenang kumpulan berpeluang melangkah ke separuh akhir yang akan bermula 3 petang ini.


Sekalipun memenangi dua pertarungan pertamanya, Feng, pemain utama Singapura yang menduduki tangga keempat senarai dunia, dikejutkan oleh pencabarnya dari Thailand, Sawettabut Suthasini yang menang 9-11, 12-10, 11-7, 11-9 dalam satu perlawanan Kumpulan C yang berakhir tadi.


Isabelle pula, sekalipun menewaskan pencabarnya dari Laos, Douangpanya Seangdavieng, 11-4, 11-7, 11-8 tadi, ia tidak cukup membantunya menjuarai Kumpulan A selepas tewas kepada pemain Vietnam, Nguyen Thi Nga, dalam satu perlawanan sengit lima set semalam.


Harapan kini diletakkan ke atas bahu kededua perseorangan lelaki, Gao Ning dan Clarence Chew untuk meneruskan langkah dan cuba memenangi emas keempat negara melalui sukan ini.


Sebelum ini, Singapura memenangi tiga emas yang dipertandingkan - emas beregu campuran melalui Yang Zi dan Yu Mengyu semalam serta Zhou Yihan/Lin Ye dan Gao/Li Hu masing-masing merangkul emas beregu wanita dan lelaki pada Selasa lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >