SELEPAS mencatatkan sejarah menjadi atlit pertama dari China untuk bergelar pemain nombor satu golf wanita dunia, Feng Shanshan akan memburu satu lagi pencapaian hebat apabila muncul di Kejohanan Dunia Wanita HSBC yang akan berlangsung di Kelab Golf Sentosa bulan depan.
Feng, 28 tahun, yang mengesahkan penyertaannya di kejohanan berprestij ini minggu lalu, percaya bahawa beliau mampu menjadi srikandi pertama dari China untuk menjuarai pertandingan yang diiktiraf Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) ini sejak ia diadakan di Singapura pada 2008.