Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ferguson takut hilang ingatan lepas alami pendarahan otak

Feb 19, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Sir Alex Ferguson berkata beliau paling takut kehilangan ingatan selepas mengalami pendarahan otak tiga tahun lalu.



Ikon bola sepak Scotland dan bekas pengurus Manchester United itu berkata demikian dalam satu dokumentari baru mengenai kehidupan dan kerjayanya.



Antara lain, dokumentari itu menampilkan kejadian mercu tanda baik dan buruk dalam kerjaya Ferguson.



Ia menunjukkan rakaman video yang tidak pernah diterbitkan sebelum ini dan turut menampilkan pandangan individu paling dekat dengan Ferguson dan kerjayanya, termasuk Eric Cantona dan Gordon Strachan, tiga anak lelakinya serta isterinya Lady Cathy.



Ferguson, semasa bercakap mengenai dokumentari itu, berkata ia adalah kisah jujur dan intim mengenai hidup dan kerjanya.



Sebagai pemain, Ferguson pernah mewakili kelab seperti Dunfermline, Rangers, St Johnstone, Falkirk dan Ayr United, sebelum melangkah ke bidang pengurusan di East Stirlingshire dan St Mirren.



Beliau memenangi Piala Juara-Juara Eropah bersama Aberdeen pada 1983, sebelum mengurus Scotland dan kemudian United



Ferguson berkata: "Saya amat takut hilang ingatan selepas saya mengalami pendarahan otak pada 2018. Semasa merakam dokumentari ini, saya berpeluang mengimbas saat-saat penting dalam hidup saya... keduanya, yang baik dan buruk.



"Pelibatan anak saya Jason sebagai pengarah dokumentari ini akan memastikan kisah saya ini diceritakan secara intim dan jujur."



Ferguson, yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah dua kali bersama United, pulih selepas menjalani pembedahan otak pada Mei 2018 dan kembali ke Old Trafford selang empat bulan.



Dokumentari berjudul Sir Alex Ferguson: Never Give In (Sir Alex Ferguson: Tidak Pernah Mengalah) itu akan ditayang mulai 27 Mei di pawagam dan penstriman video. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >