SAO PAULO: Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (Fifa), Sepp Blatter, kelmarin melahirkan keyakinan bahawa Brazil akan menganjurkan kejohanan Piala Dunia dengan cemerlang sekalipun bandar yang bakal menjadi hos perlawanan pembukaan masih dilanda masalah pengangkutan.
Bercakap di Sao Paulo menjelang pembukaan pesta bola sepak terbesar dunia itu kurang seminggu lagi, Blatter menjangkakan segala masalah serta ketegangan akan mula reda apabila wisel permulaan ditiup pengadil.