LONDON: Arsene Wenger memberi tabik pada keputusan Mathieu Flamini mahu bersaing mendapatkan tempatnya selepas pemain tengah Perancis itu menjaringkan dua gol bagi membantu Arsenal mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1 dalam pertemuan Piala Liga kelmarin.
Flamini muncul sebagai wira Arsenal di White Hart Lane apabila menjaringkan gol pertamanya sejak Mac lalu dalam penampilan pertama beliau musim ini.