MENAMBAH peluang bagi pemain lebih muda beraksi dalam Liga-S adalah langkah baik bagi masa depan.
Namun 'mengorbankan' pemain lebih berpengalaman bagi tujuan ini mungkin bukan pilihan sebaik-baiknya dan perlu ada rancangan jangka panjang untuk terus memperluas sumber pemain bagi pasukan nasional, kata bekas pemain dan jurulatih yang dihubungi Berita Harian (BH), mencerminkan keprihatinan yang membayangi sokongan mereka bagi perubahan meluas yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kelmarin.