Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Formula 1: Lewis Hamilton menang di Mexico, berpeluang kekal juara dunia

Oct 31, 2016 | 07:30 AM



MEXICO CITY: Lewis Hamilton menghidupkan peluangnya mempertahankan gelaran dunianya dengan kemenangan terkawal dan hampir sempurna, mengelahkan pendahulu kejohanan, rakan sepasukan Mercedesnya, Nico Rosberg, di Grand Prix Mexico, pada Ahad (30 Okt).



Pemandu Britain berusia 31 tahun itu mengalahkan Rosberg dengan selesa untuk mengurangkan jurang antara mereka bagi kejuaraan dunia kepada 19 mata, dengan baki dua perlumbaan.



Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel daripada Ferrari, hilang kesabaran berikutan pertembungan dengan pemandu remaja Red Bull, Max Verstappen, hingga konflik itu diselesaikan oleh pegawai yang mendenda Verstappen lima saat.



Ini selepas Verstappen enggan melepaskan kedudukannya di landasan walaupun telah terkeluar landasan.



Verstappen mendapat tempat ketiga dan telah pun berada di bilik prapodium bersama pemenang pertama dan kedua daripada Mercedes itu sebelum pegawai mengambil keputusan mendendanya.



Apabila Vettel masuk ke bilik itu selepas pegawai mengenakan penalti tersebut, sekali gus menaikkan beliau ke tempat ketiga, Verstappen terpaksa beredar.



Bagi Hamilton, ia kemenangannya kedua berturut-turut beliau, kelapan musim ini dan ke-51 dalam kerjayanya.



Pemandu Red Bull dari Australia, Daniel Ricciardo, menduduki tempat keempat selepas Verstappen diturunkan ke tempat kelima. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >