Formula Satu: Nico Rosberg juarai Grand Prix Italy

MONZA (Italy): Nico Rosberg menerkam bagi memanfaatkan permulaan buruk rakan sepasukannya daripada Mercedes, Lewis Hamilton, untuk memenangi Grand Prix Italy pada Ahad (4 Sep), sekali gus mengurangkan kelebihan pesaingnya itu dalam kejohanan pemandu Formula Satu kepada hanya dua mata.

Pemandu Jerman berusia 31 tahun itu merampas tempat di depan sejurus perlumbaan bermula daripada Hamilton, yang menduduki tempat pertama di petak, untuk mengawal dan menamatkan perlumbaan 15 saat di depan pemandu Britain itu, yang menduduki tempat kedua.

Pemandu Jerman Sebastian Vettel daripada Ferrari menduduki tempat ketiga, manakala Kimi Raikkonen (Finland) daripada Ferrari dan Daniel Riccardio (Australia) daripada Red Bull masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Ia kali pertama Rosberg memenangi Grand Prix Italy, kemenangan ketujuhnya musim ini.

Hamilton kini mendahului perlumbaan bagi kejohanan pemandu musim ini dengan 250 mata, di depan Rosberg yang mempunyai 248, dengan perlumbaan malam Singapura menjadi destinasi seterusnya pada 18 Sep. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,002.440 -10.330