MONZA (Italy): Pemandu Ferrari Sebastian Vettel berkata beliau "tidak bimbang" tentang prestasinya setelah kereta beliau berputar dan mengalami pelanggaran yang menjejas perlumbaannya semasa di Grand Prix Italy.
Vettel melanggar kereta Racing Point Lance Stroll apabila beliau menyertai semula litar selepas keretanya terputar keluar daripada tempat keempat pada pusingan keenam.