SEPERTI yang dijangka, Thailand terbukti terlalu gagah bagi skuad sepak takraw Singapura.
Negara Gajah Putih itu menempah tempatnya ke pertandingan akhir pertandingan Super Series Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) yang berlangsung di Naypyidaw, Myanmar, ini dengan menewaskan regu Singapura dengan straight set 21-11, 21-9 di peringkat separuh akhir petang semalam.