SUKAN SEA ke-28

Gandingan beregu campuran aksi cemerlang untuk menang emas ketiga tenis meja

SKUAD tenis meja meraikan pingat emas ketiganya sebentar tadi (3 Jun) melalui pasangan beregu campuran negara, Yang Zi dan Yu Mengyu.

Gandingan negara itu mempamerkan kombinasi cemerlang untuk mengatasi pasangan Thailand, Suthasini Sawettabut dan Padasak Tanviriyavechakul dengan straight set 11-7, 11-5, 11-9, 11-6 dalam pertarungan akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura.

Kemenangan itu tentunya lebih manis lagi ke atas lawan yang sebelum ini mengejutkan pasangan campuran utama Singapura, Zhou Yihan dan Li Hu, di pusingan separuh akhir yang berlangsung pada sebelah petang.

Saingan sengit yang dijangkakan dalam final semalam bagaimanapun tidak menjadi apabila Yang dan Yu menunjukkan permainan penuh yakin dan kerap melakukan pukulan-pukulan yang memaksa gandingan Thai itu melakukan kesilapan.

Dengan Zhou dan Li turut memenangi gangsa semalam menjadikan kutipan pingat skuad tenis meja sejauh ini kepada tiga emas, satu perak dan dua gangsa.

Esok mereka berpeluang menambah lagi dua emas melalui perseorangan lelaki dan wanita.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.