Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Gerrard kembali ke Liverpool?

Nov 04, 2015 | 05:24 PM



LONDON: Ia di luar dugaan peminatnya sendiri, tetapi Steven Gerrard mungkin kembali berlatih dengan Liverpool seawal minggu ini.


Malah, menurut akhbar The Independent, Gerrard, 35 tahun, yang menyertai Los Angeles Galaxy di akhir musim lalu, boleh beraksi dalam jersi Liverpool.


Bagaimanapun, minggu lalu, Pesuruhjaya MLS Dan Garber berkata pemindahan pemain Major League Soccer (MLS) pada musim cuti, walau buat sementara, sesuatu yang ditentangnya.


Gerrard telah pulang ke London selepas musim Galaxy dalam MLS berakhir minggu lalu. Ia tersingkir daripada play-off selepas tewas kepada Seattle Sounders.


Beliau dijangka pulang ke Los Angeles pada 15 Januari depan bagi menjalani latihan pramusim.


Menurut akhbar Guardian, pengurus baru Liverpool Juergen Klopp telah beberapa kali berbual dengan Gerrard - yang dianggap antara kapten Liverpool terbaik dalam sejarah - sejak beliau menjejak kaki ke Anfield bulan lalu.


Klopp dipercayai berminat mengundang Gerrard berlatih di pusat latihan Liverpool di Melwood kerana percaya pengaruhnya sebagai pemain profesional contoh boleh memanfaatkan pemain muda.


Walau undangan Klopp untuk berlatih bersama sehingga Januari depan dijangka mudah diterima oleh Gerrard dan kelabnya, sebarang perjanjian pinjaman yang membolehkan Gerrard menyarung jersi Liverpool dijangka ditentang hebat.


Galaxy dipercayai enggan melepaskan Gerrard begitu sahaja, meski secara pinjaman - walau ia pernah memberi kelonggaran kepada David Beckham menyertai AC Milan dua kali dalam tempoh lima tahun bersama kelab itu.


Gerrard, yang menjaringkan dua gol dalam 14 perlawanan bersama Galaxy musim ini, telah memberitahu wartawan bahawa beliau sedang menimbangkan keputusan bersara selepas musim depan.


"Saya berdepan dengan cabaran baru musim ini dan pengalaman ini akan membantu saya musim depan... tapi saya ingin mengakhiri kerjaya di puncak kerjaya, bukan dengan kekecewaan," kata Gerrard.


Gerrard menjaringkan 186 gol bagi Liverpool dalam lebih 700 perlawanan. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >