LOS ANGELES (Amerika Syarikat): Kapten Liverpool, Steven Gerrard, mengesahkan bahawa beliau akan menyertai pasukan Los Angeles Galaxy dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat dalam satu kontrak selama 18 bulan di akhir musim Liga Perdana ini.
Pemain midfield tersebut akan berpindah Julai ini untuk menyertai MLS yang sudah pun berjalan separuh musim ketika itu dalam usaha membantu LA Galaxy merebut kejuaraan keempat dalam lima musim.