PARIS: Kapten Steven Gerrard menjadi penyelamat Liverpool dengan gol minit terakhir melalui sepakan penalti bagi memastikan penampilan semula kelab Anfield itu dalam Liga Juara-Juara Eropah tidak mengecewakan.
Dalam penampilan sulung di Eropah sejak lima tahun, gol Gerrard membantu Liverpool membuka tirai Kumpulan B dengan kemenangan 2-1 ke atas Ludogorets Razgrad tetapi sebuah lagi kelab England, Arsenal, gagal menyaingi kelincahan Borussia Dortmund yang memenangi pertarungan 2-0, malah agak malang tidak mencatatkan kemenangan yang lebih besar.