RIO DE JANEIRO: Legenda bola sepak, Pele dan Zico, mengetuai kumpulan 127 selebriti Brazil yang kini menuntut presiden Gabungan Bola Sepak Brazil (CBF) meletak jawatan.
Tuntutan itu dibentangkan dalam sepucuk surat terbuka semalam. Kumpulan itu turut menuntut pihak penguasa negara menyiasat kegiatan rasuah dalam sukan nasional itu.