Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Geylang kelab S'pura pertama kerjasama dengan pemilik Man City

Feb 03, 2023 | 05:30 AM



GEYLANG International menjadi kelab bola sepak setempat pertama bekerjasama dengan City Football Group (CFG), iaitu pemilik juara bertahan Liga Perdana England (EPL) Manchester City dan antara entiti paling berpengaruh dan terkaya dalam dunia bola sepak.



Naib presiden Persatuan Bola Sepak Singapura dan penasihat Geylang, Ben Teng, yang juga merupakan pengerusi kelab itu pada 2015 hingga 2020, memainkan peranan penting dalam mengikat perjanjian tersebut.



Usahawan itu mendedahkan perbincangan bermula pada awal 2019 tetapi terhenti ketika pandemik Covid-19 melanda. Perbincangan disambung semula pada 2022.



Beliau menambah: "Persetujuan ini ditetapkan sebagai kerjasama awal yang sangat disasarkan antara kedua-dua entiti yang berpotensi untuk berkembang menjadi perkongsian strategik yang lebih luas dan komprehensif pada masa hadapan.



"Komitmen yang tidak pernah berlaku ini dalam Geylang International akan membolehkan kelab itu mula memanfaatkan kepakaran, pengetahuan, teknologi dan amalan terbaik bola sepak CFG, membolehkan kelab itu menambah baik struktur dan operasi mereka.



"Geylang mempunyai kumpulan relawan berdedikasi yang menjadi kunci dalam rundingan dengan CFG...kerjasama kami bukan sahaja meningkatkan standard profesional kelab tetapi juga nilai komersialnya."



Pada Disember lalu, The Straits Times melaporkan bahawa Geylang sedang berbincang mengenai satu perjanjian yang akan menjadikan Eagles pasukan Asia Tenggara pertama dikaitkan dengan CFG.



Eagles sudah meraih manfaat daripada rangkaian CFG, dengan membawa masuk penyerang Jepun, Yushi Yamaya dari juara Liga-J, Yokohama F. Marinos, yang juga sebahagian keluarga CFG.



Yamaya disarankan kepada kelab Liga Perdana Singapura (SPL) itu selepas potensinya dicungkil oleh jabatan Operasi Bola Sepak Kumpulan CFG, berikutan taklimat terperinci oleh kakitangan kejurulatihan Geylang.



CFG juga akan membantu membangunkan kepakaran teknikal dan pengurusan Geylang melalui pengalaman pembelajaran praktikal di kelab dalam rangkaian global CFG.



CFG telah diasaskan pada 2013 oleh ketua pegawai eksekutif City, Ferran Soriano. Pada 2019, ia bernilai AS$4.8 bilion ($6.51 bilion), memiliki dan mengendalikan 11 kelab bola sepak di seluruh dunia.



Selain City, pasukan di peringkat teratas lain ialah New York City (Amerika Syarikat), Montevideo City Torque (Uruguay), Melbourne City (Australia), Girona (Sepanyol), Troyes AC (Perancis) dan kelab divisyen dua Lommel SK (Belgium) dan Palermo (Itali).



Di Asia, CFG mempunyai kepentingan dalam Yokohama F. Marinos (Jepun), Sichuan Jiuniu (China) dan Mumbai City (India). Sama seperti penyusunan di Geylang, ia mempunyai kelab rakan kongsi, Club Bolivar (Bolivia).



CFG akan menambah satu lagi kelab ke dalam portfolionya dengan pengambilalihan pasukan Brazil EC Bahia yang akan berlaku pada awal 2023. Kelab yang berpangkalan di Salvador itu telah berjaya ke liga teratas Brazil.



Walaupun terdapat khabar angin untuk SPL bergerak ke arah penswastaan, CFG tidak akan mengambil alih Geylang buat masa ini. Satu-satunya kelab swasta di Singapura ialah Lion City Sailors, yang dimiliki oleh syarikat teknologi, Sea.



Geylang kini berada di Malaysia untuk satu kem latihan selama 13 hari, yang akan menyaksikan mereka menentang Penang, Selangor atau Kedah, Kuala Lumpur dan Sabah.



Eagles akan membuka kempen SPL mereka menentang Tampines dalam perlawanan 'derby' antara dua pasukan timur di Our Tampines Hub pada 25 Februari.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >