Giggs berazam pulih imej Man United

MANCHESTER (England): Pengurus sementara Manchester United, Ryan Giggs, berazam memulihkan imej dan semangat pasukannya dengan mencatat kemenangan apabila bertemu Norwich City esok.

Man Utd hanya tinggal empat perlawanan sahaja lagi sebelum mengakhiri musim 2013/2014 ini.

Reputasi Manchester United teruk tercemar di bawah pimpinan bekas pengurus David Moyes.

Giggs mengambil alih tugas selepas Moyes dipecat Selasa lalu menyusuli kekalahan 2-0 di tangan Everton.

Man United kini berada di tangga ketujuh dan telah terlepas langsung peluang untuk bersaing dalam Kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah. - Reuters.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 63
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.