Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gilchrist, Ng Olahragawan dan Olahragawati Terbaik

Jun 08, 2014 | 12:21 AM



JAGUH biliard Peter Gilchrist dan pemain bowling Shayna Ng mendapat penghargaan tertinggi dalam sukan apabila dipilih olahragawan dan olahragawati terbaik negara dalam majlis penyampaian Anugerah Sukan Singapura yang diadakan malam tadi.


Gilchrist, 45 tahun, yang muncul juara Kejohanan Biliard Dunia tahun lalu, mengalahkan calon pilihan, perenang Joseph Schooling.


Ng, 24 tahun, mengalahkan pemain tenis meja, Feng Tianwei, dan dicalonkan kerana kejayaannya dalam Kejohanan Bowling Antarabangsa DHC di Nagoya, Jepun, tahun lalu.


Ini kali pertama kededua atlit itu memenangi anugerah tersebut.


Seorang lagi pemain bowling, Muhd Jaris Goh, dipilih Olahragawan Muda Terbaik, manakala anugerah Olahragawati Muda dimenangi penunggang ekuestrian Janine Khoo.


Tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, yang juga Presiden Majlis Olimpik Nasional Singapura, turut menerima Trofi IOC: '150 Tahun: Pierre de Coubertin, Sukan sebagai Sekolah Kehidupan' atas sumbangan beliau kepada sukan dan pergerakan Olimpik.


ISMAIL ALI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >