KALI ini giliran Thailand mempamerkan 'keajaiban' dengan satu persembahan penuh bergaya semasa menewaskan Singapura 5-0 dalam acara bola sepak tujuh sepasuk cerebral di Sukan Para Asean (APG) Ke-8 ini petang semalam.
Kapten Singapura, Khairul Anwar Kasmani, yang menyumbatkan hatrik hebat semasa menentang Myanmar sehari sebelumnya, serta rakan- rakannya gagal menyaingi kehandalan Thai terutama pemain berjersi 4, Nattapong Wanna.