RIO DE JANEIRO: Gol cemerlang jaringan Mario Goetze dalam babak masa tambahan membantu Jerman mengatasi Argentina 1-0 untuk menjadi negara Eropah pertama menjulang mahkota Piala Dunia di bumi Amerika Selatan.
Selepas perlawanan terikat tanpa gol di akhir 90 minit permainan biasa, Goetze - yang menyambut hantaran bola tinggi rakannya, Andre Schuerrle - mempamerkan sekilas kecemerlangan mengawal bola dengan dadanya sebelum merembat gol kemenangan Jerman pada minit ke-113 dalam final yang berlangsung di Estadio do Maracana di Rio de Janeiro awal pagi semalam.