Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Goh bersedia bukti keupayaan di pentas Olimpik

Feb 17, 2018 | 02:30 PM



 



 



DI Arena Ais Gangneung petang ini (17 Februari), pada hari kedua Tahun Baru Cina, Cheyenne Goh berdiri seorang diri sebagai wakil sulung Singapura di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan.



Namun Goh, 18 tahun, tidak keseorangan.



Jurulatihnya, Chun Lee Kyung dan ketua kontinjen Singapura ke Pyeongchang 2018 Tan Paey Fern, serta staf dari Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Persatuan Luncur Ais Singapura ada bersamanya di sana. Memberi sokongan moral, 15 anggota keluarganya juga telah menjelajah dari Canada ke Pyeongchang untuk menyaksikan beliau mencipta sejarah. Goh dan keluarganya berpangkalan di Edmonton, Canada.



Ribuan lagi warga Singapura akan menonton aksinya siaran langsung di televisyen.



Bercakap kepada Berita Harian, Tan  berkata Goh dan pasukan TeamSG di Pyeongchang terdorong memberikan persembahan terbaik kerana tahu ada ramai warga Singapura yang memberi sokongan. 



Kontinjen Singapura di Pyeongchang menyambut Tahun Baru Cina dengan jamuan kecil semalam.



Goh, atlet Olimpik pertama negara, akan bertanding dalam acara lumba 1,500 meter – 13



½ pusingan di ‘balapan’ ais dengan jarak 111.12 meter setiap pusingan.



Harapan beliau pulang dengan pingat adalah tipis.



Beliau bersaing dengan juara berganda Olimpik Zhou Yang dari China dan pemilik rekod dunia Choi Min Jeong dari Korea Selatan.



Masa kemenangan yang dicatat Zhou di Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi pada 2014 adalah 2 minit 19.140 saat – 2.31 saat lebih pantas daripada masa terbaik yang dimampui Goh setakat ini.



Namun Chun, warga Korea Selatan yang telah beberapa kali mewakili negaranya di pentas  ini, berkata ‘apa sahaja boleh berlaku semasa perlumbaan’.



Dan walau apa pun berlaku, bermula 5.55 petang nanti, Goh tidak akan melepaskan peluang untuk membuktikan keupayaannya di pentas Olimpik.



Saksikan siaran langsung perlumbaan Goh percuma, bermula 5.55 petang,  di laman Facebook Eleven Sports atau menerusi Singtel TV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >