BAITULMAKDIS: Marouane Fellaini menyumbatkan gol awal sebelum Belgium dipaksa bertahan dengan 10 pemain untuk mengatasi Israel 1-0 dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 di Baitulmakdis kelmarin.
Belgium menguasai permainan dalam babak pertama tetapi gagal memanfaatkan penguasaan tersebut dan harus berpuas hati dengan jaringan jarak dekat Fellaini itu pada minit kesembilan.