Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gol cantik Mubarak berikan skuad bola sepak gangsa

Dec 09, 2015 | 11:40 PM



SINGAPURA meraih pingat gangsa bola sepak cerebral palsy tujuh sepasuk selepas menewaskan seteru dari seberang, Malaysia, 2-1 di Stadium Negara semalam.


Ini adalah kali kedua dalam dua hari Singapura menewaskan Malaysia - ia menang 4-2 dalam perlawanan pusingan awal kelmarin.


Perlawanan Sukan Para Asean (APG) Ke-8 itu baru berusia dua minit apabila pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Muhd Shafiq Ariff.


Menerima bola dari Muhd Mubarak Mohd Rastam, Shafiq hanya memerlukan satu sentuhan bagi memperdaya penjaga gawang Malaysia, Shafiq Zahari, dari jarak dekat.


Selang lima minit, Malaysia menyamakan kedudukan menerusi penyerang berbahaya, Mohd Sobri Ghazali.


Sobri menjaringkan gol pertama di final - yang ketujuh sepanjang pertandingan - melalui rembatan dari luar petak penalti - yang bak peluru berpandu membolosi penjuru kanan gawang Peter Kam.


Kededua pasukan berjiran itu bergilir-gilir mengatur serangan, walau barisan depan Singapura - Shafiq, Mubarak dan Suhaimi Sudar lebih berbahaya; membuat larian ke dalam ruang bagi menembusi benteng Malaysia.


Malah, hanya kecemerlangan Shafiq Zahari 'menyelamatkan' Malaysia daripada ketinggalan.


Bagaimanapun, Shafiq tidak berdaya mengadang percubaan Mubarak pada minit ke-44.


Menerima bola di luar petak penalti, Mubarak menggelecek seorang pemain sebelum melepaskan rembatan yang menemui sasaran.


Pingat gangsa yang dimenangi sedikit sebanyak mengubati kehampaan anak didik Mohamed Zainudeen Hassan yang memburu tempat di final.


Namun, selepas menewaskan Indonesia 1-0 dalam perlawanan pertama, Singapura tewas 5-3 kepada Myanmar sebelum jatuh 5-0 kepada Thailand, menghapuskan harapannya untuk mara ke final.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >