Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Gol hadiah' Spurs berikan Man United kemenangan dalam pembuka tirai EPL

Aug 08, 2015 | 10:53 PM



LONDON: Pertarungan pembukaan tirai musim baru Liga Perdana England (EPL) ini ditentukan gol sendiri apabila 'gol hadiah' pemain Tottenham Hotspur, Kyle Walker, memberikan Manchester United kemenangan 1-0 dan tiga mata pertamanya dalam satu pertarungan di Old Trafford yang berakhir sebentar tadi (8 Ogos).


Tidak pernah dalam sejarah EPL apabila perlawanan pembukaan ditentukan gol sendiri sehinggalah pemain bek tengah, Walker, tertendang di gawang sendiri, menewaskan penjaga gawang Michel Vorm pada minit ke-22 dalam usahanya mengadang bola daripada kaki penyerang England dan kapten United, Wayne Rooney.


Sebelum gol itu, Tottenham menguasai permainan tetapi gol sendiri itu membantu United - menurunkan lima bintang barunya yang didapatkan musim ini di samping Sergio Romero yang mengambil tempat David de Gea di tengah gawang pasukan - mengembalikan ketenangannya bagi membendung asakan-asakan pasukan pelawat terutama pada lewat permainan.


Sekalipun gagal menyerlah, tiga mata itu dalam pertarungan pada tengah hari yang panas dan lembap itu memberikan permulaan yang ideal bagi United dan pengurusnya, Louis van Gaal, yang berbelanja besar bagi memperkuatkan pasukannya musim ini.


Romero menyelamatkan gawang United tiga kali dengan pemain pertahanan Italy, Matteo Darmian, pemain midfield Perancis, Morgan Schneiderlin, dan penyerang Belanda, Memphis Depay, mempamerkan potensi mereka dalam perlawanan pertama masing-masing dalam EPL.


Seorang lagi bintang baru United, Bastian Schweinsteiger, diturunkan bagi 30 minit terakhir permainan sebelum dilayangkan kad kuning oleh pengadil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >