PIALA LIGA CAPITAL ONE

Gol individu Sterling bantu Liverpool ikat Chelsea 1-1

LIVERPOOL: Raheem Sterling menjaringkan gol individu dengan bergaya demi membantu Liverpool mengikat Chelsea 1-1 dalam Piala Liga Capital One di Anfield dini hari Rabu.

Chelsea mendahului jaringan pada minit ke-18 menerusi penalti yang dijaringkan Eden Hazard, selepas beliau dijatuhkan Emre Can dalam petak penalti.

Namun Sterling, yang baru pulang dari bercuti di Jamaica, bertindak cemerlang pada minit ke-59.

Walau menguasai permainanan - Liverpool membuat 20 percubaan gol berbanding dua percubaan oleh Chelsea - pasukan tuan rumah gagal menyumbat gol kedua dan perlu menang di Stamford Bridge dalam perlawanan kedua minggu depan demi menempah tempat ke final. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.