LONDON: David Luiz, yang gol tandukan kencangnya membantu kelabnya, Paris St Germain (PSG), menyingkirkan Chelsea daripada Liga Juara-Juara Eropah dinihari semalam, memohon maaf kepada penyokong bekas kelabnya itu kerana meraikan golnya di hadapan penyokong di Stamford Bridge.
Bintang pertahanan Brazil itu, yang pernah memenangi Liga Juara-Juara bersama Chelsea pada 2012, melihat tandukan derasnya terkena bahagian bawah palang gawang yang dikawal Thibaut Courtois sebelum mengatasi garisan gol pada minit ke-86 dengan menjadikan kedudukan 1-1 selepas Gary Cahill membuka tirai jaringan hanya beberapa minit sebelum itu.