SKOPJE (Macedonia): Penyerang Lazio, Ciro Immobile, menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir untuk membantu Italy daripada keputusan yang memalukan dalam kelayakan Piala Dunia di sini kelmarin.
Italy, yang turut memerlukan penalti lewat permainan untuk berkongsi mata dengan seterunya dari Kumpulan G, Sepanyol, pada Khamis lalu, berada di ambang kekalahan yang mengejutkan kepada Macedonia, yang sekadar menduduki tangga ke-146 dunia.