LONDON: Arsenal mengalahkah Manchester City 2-1 di tempat sendiri pada Isnin (21 Dis), melenyapkan keraguan tentang kebolehannya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Pasukan Arsene Wenger itu mara dengan dua gol babak pertama oleh Theo Walcott dan Olivier Giroud, manakala City kelihatan muram sehinggalah Yaya Toure menjaringkan gol lapan minit sebelum perlawanan tamat.
Gol Toure mencetuskan kebangkitan lewat bagi pasukan Manuel Pellegrini, tetapi mereka tidak dapat mencari gol bagi menyamakan kedudukan, bermakna City kini tidak menang di tempat lawan dalam perlawanan liga sejak September dan kalah dalam tiga daripada lima perlawanan terakhir mereka.
Arsenal, yang tidak pernah kalah di tempat sendiri sejak persaingan EPL bermula musim ini, kekal di tangga kedua, dua mata di belakang pendahulu Leicester City.
City di tempat ketiga, empat mata di bawah Arsenal. - Reuters