SEMAKIN hari, golf semakin muda!
Itulah gambaran sukan ini sekarang menyusuli kejayaan pemain berusia 23 tahun, Xander Schauffele, memenangi Kejuaraan Jelajah bagi melengkapi senarai juara muda sepanjang saingan Jelajah Persatuan Golf Profesional (PGA) tahun ini.