KURANG 48 jam selepas kejayaan sulungnya di perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura Singapore Airlines, persoalan lebih besar menanti sang juara daripada pasukan Mercedes, Nico Rosberg.
Persoalan lebih besar yang dimaksudkan itu ialah mampukah pemandu berusia 31 tahun itu 'memecut' laju sehingga garisan penamat musim ini bagi merangkul kejuaraan dunia F1 sulungnya?