Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Guardiola tak ‘turun padang’ bagi dua perlawanan City dek pembedahan belakang

Aug 23, 2023 | 11:30 AM



LONDON: Pep Guardiola tidak akan hadir bagi dua perlawanan Liga Perdana Manchester City yang akan datang setelah menjalani satu pembedahan belakang di Barcelona, Sepanyol.


Satu kenyataan daripada juara Liga Perdana England (EPL) musim lalu itu berkata bahawa pengurus mereka bergelut dengan masalah sakit belakang buat masa yang agak lama dan telah menjalani pembedahan kecemasan di Barcelona.

Pembedahan Guardiola berhasil dilakukan tetapi beliau akan meneruskan proses pemulihan di bandar tersebut.

Pengurus berusia 52 tahun itu tidak dijangka kembali ke tepi padang bagi perlawanan City hingga selepas tempoh rehat antarabangsa, yang bermakna beliau akan terlepas kunjungan ke Sheffield United pada Ahad dan perlawanan di Fulham pada 2 September.

Semasa ketiadaannya, Juanma Lillo – yang baru kembali ke kelab itu sebagai penolong pengurus awal bulan ini setelah menjadi pengurus Al Sadd di Qatar – akan mengambil alih latihan dan perlawanan bagi pasukan yang telah memenangi tiga kejuaraan itu.

Ini bukan kali pertama City perlu mengurus diri tanpa pengurus mereka sejak Guardiola pertama kali datang ke Stadium Etihad pada musim panas 2016.

Larangan tepi padang dikenakan ke atas pasukan itu semasa Liga Juara-Juara pada pertengahan 2018 hingga Guardiola meletakkan Mikel Arteta sebagai orang yang bertanggungjawab bagi lawatan Lyon pada September tahun tersebut.

Ia merupakan perlawanan peringkat kumpulan di mana City tewas 2-1.

Kemudian, pada awal 2022, Guardiola terlepas ke perlawanan Piala FA di Swindon Town kerana dijangkiti Covid-19.

City telah memulakan musim EPL ini dengan kemenangan berturut-turut terhadap Burnley dan Newcastle United, serta kemenangan dalam Piala Super UEFA menentang Sevilla.

Guardiola dijadual kembali bagi perlawanan menentang West Ham United di tempat lawan pada 16 September. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >