HAB Sukan Singapura menyambut lebih 3.5 juta pengunjung pada 2015, menurut satu kenyataannya kelmarin.
Pada 2015, hab seluas 35 hektar di Kallang itu menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan, termasuk Piala Asia Barclays, pusingan akhir tenis WTA BNP Paribas, Kelayakan Piala Dunia 2018, Sukan SEA ke-28 dan Sukan Para Asean (APG) Ke-8.