Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Hadiah' awal hari jadi Safuwan bantu LionsXII atasi JDTII

Sep 19, 2015 | 11:19 PM



TUNGGAK pasukan, Safuwan Baharudin, mendapat 'hadiah awal' dua gol sempena sambutan hari jadinya yang ke-24 tahun pada Selasa depan bagi membantu LionsXII mencatatkan kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia ini.


Safuwan dan rakan-rakannya dipaksa berjuang hebat sehingga wisel penamat - dengan gol kemenangan pemain serba boleh itu tiba pada minit ke-91 - sebelum menewaskan pasukan Johor Darul Takzim II (JDTII) 2-1 di Stadium Pasir Gudang yang berakhir sebentar tadi (19 September).


Awal sebelum drama babak akhir itu, Safuwan muncul dengan gol pembukaan seawal minit ke-22 tetapi JDTII menyamakan kedudukan melalui tendangan penalti yang penuh tengkarah apabila pemain pertahanan, Faritz Hameed, dipersalahkan menjatuhkan Akmal Isyak. Pemain import JDTII, Nicolas Delmonte, tidak mensesiakan peluang keemasan itu untuk menjadikan kedudukan 1-1.


Pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob, sekali lagi mendapat tumpuan apabila beliau membatalkan gol cemerlang penyerang Khairul Amri yang rembatannya daripada satu tendangan bebas mencecah jaring.


Namun, pegawai pertandingan tidak mengesahkan gol itu kerana Safuwan, yang berdiri di hadapan penjaga gawang JDTII, Zulfadhli Mohamed, dianggap 'mengganggu arus permainan dengan menghalang penglihatan penjaga gawang itu.


Dengan kedudukan kelihatan berakhir seri, Safuwan memanfaatkan kesilapan Zulfadhli - yang gagal menangkap bola dengan cermat - bagi menanduk gol kemenangan LionsXII dalam waktu kecederaan permainan.


Kejayaan membawa pulang tiga mata tentunya perangsang besar dalam usaha jurulatih Fandi Ahmad membimbing pasukannya mengatasi saingan peringkat Kumpulan A.


Dalam satu lagi perlawanan kumpulan ini yang berlangsung semalam, Kedah mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Terengganu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >