SAYANGNYA 'hadiah perpisahan' bagi bekas pengerusi Tampines Rovers, Teo Hock Seng, yang mengumumkan keputusannya mengundurkan diri seperti yang dilaporkan awal bulan ini, tidak kunjung tiba.
Menyusuli perlawanan pusingan terakhir Liga-S Great Eastern-Yeos lewat malam kelmarin, Tampines terpaksa berpuas hati menjadi naib juara liga musim ini selepas menamatkan saingan dengan keputusan seri 1-1 oleh pasukan dari seberang, Harimau Muda.