Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hadiah hebat LionsXII sempena perayaan jubli emas negara - jinakkan Pahang 4-2

Aug 08, 2015 | 10:15 PM



MUNGKIN juga didorong semangat menyambut jubli emas Singapura!


Pasukan pimpinan Fandi Ahmad, LionsXII, menyajikan antara prestasi paling cemerlangnya musim ini apabila mencatatkan kemenangan hebat 4-2 ke atas pendahulu Liga Super Malaysia (MSL), Pahang, 4-2 di Stadium Jalan Besar sebentar tadi (8 Ogos).


Dua gol Faris Ramli - gol ketujuh dan kelapan peribadinya - di samping gol Madhu Mohana dan rembatan kencang bak peluru Safuwan Baharudin memastikan LionsXII kekal tidak pernah kalah di kubu sendiri sepanjang musim ini.


Pahang memperolehi dua gol sagu hatinya melalui Matías Conti dan R. Surendran tetapi pasukan bergelar 'Tok Gajah' tentunya kecewa melihat rekod 12 perlawanannya tanpa kekalahan berakhir di tangan pasukan muda Fandi.


Bagi LionsXII, kemenangan itu - selain penebus rekod hambarnya di padang lawan - mencerahkan matlamat menduduki antara empat tangga teratas - yang menjamin kelayakan ke Piala Malaysia sebagai 'pasukan pilihan' atau 'seeded team' bagi mengelak daripada bertemu satu sama lain.


Ia juga penyuntik semangat yang tepat pada masanya sebelum menghadapi dua lagi pertarungan sukar di hadapannya - bertandang ke Stadium Larkin bagi pertemuan dengan skuad glamor Johor Darul Takzim I (JDT1) pada Rabu ini sebelum menerima kedatangan Selangor di JBS pada Sabtu depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >