KEKECEWAANNYA tidak berpeluang beraksi di Sukan Para Asean (APG) Ke-8 yang berlangsung di tanah air pada Disember lalu bukan kepalang.
Tiada apa yang boleh dilakukannya kerana acara kegemarannya - perlumbaan 100 meter dan 200 meter berkerusi roda wanita - tidak dipertandingkan di temasya sukan itu.