Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1)

Hamilton akur tak boleh keras kepala hadapi Verstappen

f1
Nov 26, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Juara Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton, berkata beliau perlu memandu penuh waspada semasa di litar perlumbaan bersama Max Verstappen dalam persaingan bagi menjuarai kejohanan lumba kereta itu musim ini.



Perlumbaan F1 musim ini dianggap antara yang paling mempesonakan, dengan Hamilton dan Verstappen masih bersaing sengit untuk menjadi juara keseluruhan dengan musim berbaki dua perlumbaan.



Kededua pelumba itu memandu secara agresif musim ini, dan telah bertembung di dalam dan luar litar beberapa kali sepanjang musim.



Hamilton akur beliau berdepan seorang pemandu amat agresif dan berkebolehan musim ini.



"Saya perlu bersikap begitu berwaspada dan sentiasa berjaga-jaga di litar," kata Hamilton semasa ditanya mengenai pengalaman bersaing dengan Verstappen.



"Saya juga harus bersedia memberi reaksi terhadap apa sahaja yang boleh berlaku dan mengelakkan pertembungan.



"Jika tidak, dan saya berkelakuan keras kepala, kereta saya boleh terbabas dan saya tersingkir daripada perlumbaan."



Persaingan antara Verstappen, dari Belanda, dan Hamilton, dari Britain, musim ini sengit.



Hamilton sedang memburu kejuaraan kelapan, sementara Verstappen ingin memenangi kejuaraan pertama dalam kerjayanya.



Justeru, kededua pemandu jarang mengalah di litar.



Sebagai contoh, di Grand Prix Sepanyol dan Grand Prix Italy pada awal musim, Hamilton terpaksa memandu di luar litar bagi mengelak bertembung dengan Verstappen.



Secara perbandingan, Verstappen tidak pernah berbuat demikian dalam sebarang perlumbaan.



Malah, di Grand Prix Sao Paulo baru-baru ini, aksi Verstappen di litar menyebabkan Hamilton terbebas keluar dari litar, dalam insiden yang disifatkan beberapa pemandu lain sebagai tidak wajar.



Insiden itu tidak disiasat lanjut oleh pengadil perlumbaan, mencetus perbahasan dalam kalangan pemandu dan pemerhati sukan itu tentang kod tatalaku yang seharusnya dipatuhi pemandu semasa berlumba.



Namun, Hamilton juga pernah dipersalahkan kerana tidak memberi ruang kepada Verstappen.



Dua pemandu itu pernah bertembung dua kali - di Grand Prix Britain dan Grand Prix Italy - dan kededuanya dikenakan hukuman. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >