MANAMA (Bahrain): Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton, berkata beliau suka pada kemungkinan bergesel tayar berentap dengan rakan sepasukan dari Mercedes, Nico Rosberg, dan pasukan Ferrari di Grand Prix Bahrain lusa.
Pemandu Britain, yang berusia 31 tahun dan menduduki tempat kedua di belakang Rosberg di grand prix pembuka tirai di Melbourne, telah terlibat dalam persaingan hebat dengan pemandu Jerman tersebut di Litar Antarabangsa Bahrain sebelum ini.