PEMINAT Formula Satu (F1) di seberang Tambak kelmarin dikejutkan dengan kunjungan istimewa daripada dua pemandu Mercedes, Lewis Hamilton (kanan, gambar kanan) dan George Russell (kiri) di Kuala Lumpur.
Kedua-dua pemandu asal Britain itu, yang baru sahaja menyertai Grand Prix Australia pada hujung minggu lalu, dilihat berada di sebuah stesen minyak Petronas kelmarin.
Menurut satu pos di Facebook Mercedes-AMG Petronas F1 Team, Hamilton dan Russell berada di Kuala Lumpur untuk acara promosi bagi penaja mereka, Petronas.
Mereka turut mengadakan sesi pertemuan dengan kakitangan syarikat minyak dan gas Malaysia itu.