DENGAN beberapa perubahan pada peraturan mulai musim depan, kemungkinan pasukan Mercedes hilang penguasaan mereka dalam Formula Satu pasti meningkatkan lagi persaingan sengit antara Lewis Hamilton dengan rakan sepasukan, Nico Rosberg.
Selepas 12 perlumbaan dan hanya tinggal sembilan lagi termasuk grand prix Belgium semalam, Hamilton kini mendahului Rosberg dengan kelebihan 19 mata.