Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hamilton jadi pilihan

Zainal Jamari
Jul 24, 2015 | 05:18 PM



BUDAPEST: Kalau ikut akal, Lewis Hamilton menjadi pilihannya.


Tetapi bagi mereka yang berani mencuba, mereka mungkin sedia memilih Valteri Bottas atau Kimi Raikkonen sedang Formula Satu kembali ke Hungary dengan perasaan yang sedih.


Hamilton, juara Grand Prix Hungary sebanyak empat kali dalam lapan tahun dan dua kali dalam tiga tahun yang lalu, adalah pilihan jelas untuk melebarkan lagi kelebihan 17 mata sebelum Formula Satu berehat.


Pemandu Britain dan juara dunia sebanyak dua kali itu serta para pemandu lain akan berlumba sambil mengingati Jules Bianchi selepas menghadiri upacara pengkebumian Bianchi di Nice pada Selassa lalu.


"Mengucpkan selamat jalan kepada Bianchi amat sukar sekali dilakukan oleg setiap orang," kata Hamilton mengenai pemandu Perancis yang meninggal dunia sembilan bulan selepas nahas di Grand Prix mengakibatkan beliau koma.


"Saya terkilan tidak dapat mengenalinya dengan lebih dekat lagi.


"Hungary ialah sebuah tempat yang indah, salah satu tempat yang saya suka. Saya akan mengenang Jules, bukan sahaja dalam perlumbaan ini, tetapi juga untuk sepanjang hayat saya sebagai pemandu kereta lumba.


"Saya tahu beliau tentu mahu kami berlumba bersungguh-sungguh seperti beliau, jadi saya akan lakukannya."


Sementara itu, satu lagi persaingan sengit antara Hamilton dan rakan sepasukan dari Mercedes, Nico Rosberg, dijangka berlaku.


Kededuanya juga akan memburu keputusan satu-dua yabng ketujuh dalam 10 perlumbaan sejauh ini. Namun sejarah memberi sedikit harapan untuk satu keputusan yang mengejutkan.


Musim lalu, Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull muncul juara di Hungary.


Dan menurut statistik, hanya pemandu Inggeris, Australia dan Finland sahaja yang pernah menang di Hungary sejak satu dekad yang lalu.


Raikkonen, yang mungkin akan digantikan oleh Bottas di Ferrari musim depan sekiranya spekulasi mengenai perkara itu tidak salah, pernah menjadi juara di sini bersama McLaren pada 2005.


Rakan senegara dari Finland, Heikki Kovalainen, muncul juara tiga tahun kepudian.


"Saya selalu mendapat sokongan ramai - ia hampir seperti Grand Prix Finland," kata pemandu Williams, Bottas, yang masih belum pernah muncul juara Formula Satu tetapi pernah menduduki tempat ketiga di Canada.


"Kami harus dapat memberikan persaingan sengit pada hujung minggu ini dan meneruskan momentum baik yang telah dibina," tambah Bottas.


Raikkonen yang menduduki tempat kedua di Bahrain, pernah menang dengan Lotus pada 2013 dan kecuali tahun lalu, juara dunia 2007 itu telah menaiki podium di Hungary pada setiap tahun sejak beliau berlumba di situ pada 2006. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >